Salam Perkenalan

Thursday, December 17, 2009
Assalamualaikum dan salam perkenalan diucapkan kepada para pengunjung.Kami daripada SYARISLA ENT mengalu-alukan kedatangan anda ke homestay kami.Kami menyediakan rumah-rumah yang selesa dan serba lengkap bagi tujuan homestay ini.

Syarikat ini mula beroperasi pada bulan September tahun 2008.Dengan perkongsian dengan beberapa pihak,kami telah berjaya menyediakan sebanyak enam buah rumah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti penyaman udara,peti sejuk,periuk nasi elektrik,seterika,dan sebagainya.

Ditanya mengenai tahap perkhidmatan yang disediakan,alhamdulillah kerana semua pelanggan yang pernah menginap di homestay kami amat berpuas hati.Kami amat berbesar hati dan bersedia memberikan layanan sehabis baik kepada anda.

Untuk membuat tempahan,anda boleh menghubungi saya,Sharipah Bt. Lazim di talian 0194605686 untuk talian Celcom.Bagi pengguna Maxis pula anda boleh munghubungi 0124427182.Anda juga boleh membuat tempahan melalui emel atin23outstanding_alazhar@yahoo.com atau homestayintown@yahoo.com.

Kerjasama anda untuk mempromosikan homestay kami ini kepada rakan-rakan dan saudara-saudara adalah amat dihargai.Sekian.

No comments:

Post a Comment