Saturday, January 16, 2010

Sambutan Krismas

Friday, January 1, 2010





Happy New Year!!!


SELAMAT TAHUN BARU 2010

TERAPKAN AZAM YANG BARU SUPAYA SETIAP HARI MERUPAKAN HARI YANG BAHARU!!!

Taman Melor 2

Sunday, December 20, 2009
taman melor 2(1)taman melor2(2)taman melor 2(1)taman melor 2(2)



Disini kami iklankan sebuah lagi rumah yang amat selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Pemilik rumah:
Ishak B.Yaacob

Lokasi:
Nombor 245,
Lorong 3/4c,
Taman Melor,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.


Untuk maklumat lebih lanjut sila klik disini

Taman Melor 1

Friday, December 18, 2009
Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us




Berikut merupakan salah sebuah rumah serba lengkap yang kami sediakan untuk para pelanggan.

Pemilik Rumah:
Rodhiyah Bt Lazim

Lokasi:
Nombor 9,
Jalan Melor 3,
Taman Melor,
08000,
Sungat Petani,
Kedah Darul Aman.

Sewa Atau Bayaran Penginapan :
-RM 150 hingga RM 250 sehari
-Diskaun RM 10 jika tempahan dibuat 2 hari lebih awal
-Deposit RM 50 sehari
-Wang deposit RM 50 akan hilang jika tempahan dibatalkan jika penyewa atau hari tempahan tidak dipenuhi.

Masa:
-Daftar masuk atau 'check in' pada pukul 3 petang.
-Daftar keluar atau 'check out' pula hendaklah dibuat pada pukul 2 petang.

Kemudahan Disediakan:
-Penghawa dingin
-Peti Sejuk
-Cerek elektrik
-Televisyen
-Dapur gas
-Tong gas
-Periuk nasi elektrik
-Kipas siling pada setiap bilik
-Pembakar roti
-Seterika elektrik

Pakej:
-RM 200 sehari untuk perkhidmatan kereta dan pemandu ke destinasi-destinasi seperti:

1)Bandar Sungai Petani
2)Bandaraya Alor Setar
3)Desaraya Yan
4)Pekan Kuala Kedah
5)Sedim
6)Pusat Reakreasi Tupah
7)Tanjung Dawai
8)Pantai Merdeka
9)Pulau Sayak

-RM 20 seorang untuk sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam untuk 8 orang dan ke atas.

Halaman rumah ini dihiasi dengan pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan hijau yang menarik.Satu set lengkap meja batu turut disediakan untuk kemudahan pelanggan bersantai bersama keluarga.

Sebuah bilik tidur bertemakan kehijaun dengan katil 'queen size' disediakan.Satu set almari pakaian termasuk cermin hias juga disediakan untuk kegunaan pelanggan.


Gambar diatas ialah sebuah bilik tidur untuk kanak-kanak.Kami amat mengutamakan keselamatan para pelanggan kami.Oleh yang demikian,kami telah memasang jeriji besi pada setiap tingkap dan pintu didalam rumah ini.


Sehelai karpet yang besar dan lembut dihamparkan di bahagian ruang tamu rumah bagi membolehkan para pelanggan berehat dan bersantai.


Bagi yang berminat,anda bolehlah menghubungi saya,Sharipah Bt. Lazim atau lebih dikenali sebagai Kak Pah di talian 0194605686 atau 0124427182.Atau anda juga boleh klik disini.sSokongan anda amatlah dihargai,sekian.

Salam Perkenalan

Thursday, December 17, 2009
Assalamualaikum dan salam perkenalan diucapkan kepada para pengunjung.Kami daripada SYARISLA ENT mengalu-alukan kedatangan anda ke homestay kami.Kami menyediakan rumah-rumah yang selesa dan serba lengkap bagi tujuan homestay ini.

Syarikat ini mula beroperasi pada bulan September tahun 2008.Dengan perkongsian dengan beberapa pihak,kami telah berjaya menyediakan sebanyak enam buah rumah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti penyaman udara,peti sejuk,periuk nasi elektrik,seterika,dan sebagainya.

Ditanya mengenai tahap perkhidmatan yang disediakan,alhamdulillah kerana semua pelanggan yang pernah menginap di homestay kami amat berpuas hati.Kami amat berbesar hati dan bersedia memberikan layanan sehabis baik kepada anda.

Untuk membuat tempahan,anda boleh menghubungi saya,Sharipah Bt. Lazim di talian 0194605686 untuk talian Celcom.Bagi pengguna Maxis pula anda boleh munghubungi 0124427182.Anda juga boleh membuat tempahan melalui emel atin23outstanding_alazhar@yahoo.com atau homestayintown@yahoo.com.

Kerjasama anda untuk mempromosikan homestay kami ini kepada rakan-rakan dan saudara-saudara adalah amat dihargai.Sekian.